Sunday, May 6, 2012

Perkahwinan Boleh Mengubati Kemurungan...


Assalamualaikum w.b.t

Di New York, satu kajian baru mendedahkan cara terbaik mengatasi masalah kemurungan ialah dengan berkahwin dan merumuskan ikatan itu walaupun kurang membahagiakan, memberikan perangsang psikologi lebih baik kepada golongan tertekan berbanding mereka yang gembira.

Kajian terdahulu menyatakan faedah psikologi perkahwinan bergantung kepada sama ada ia dapat memberikan kebahagiaan kepada pasangan suami isteri.

Mengambil petunjuk daripada kajian terdahulu, penuntut lepasan ijazah sosiologi di Universiti Ohio, Adrianna Frech dan rakannya, Kristi Williams, membuat spekulasi orang yang gembira mendapat lebih banyak faedah psikologi daripada perkahwinan berbanding golongan tertekan 

Dalam usaha menguji hipotesis ini, mereka meneliti contoh 3,066 lelaki dan wanita yang ditemubual dan diuji untuk masalah kemurungan sekali sama ada pada 1987 atau 1988 dan sekali lagi lima tahun berikutnya.

Dalam temubual, mereka ditanya mengenai kualiti perkahwinan jika sukarelawan sudah berkahwin.

Secara purata, dengan mengambil kira perbezaan dalam kemurungan, subjek yang berkahwin lebih lima tahun antara dua temubual melaporkan peningkatan psikologi dalam temubual kedua mendapat purata 3.42 mata lebih rendah pada 84 mata skala kemurungan berbanding rakan mereka yang tidak berkahwin.

Sedikit perbezaan yang mengejutkan ialah kajian yang menunjukkan orang yang murung dan berkahwin , mereka lebih mampu meneruskan kehidupan di samping orang yang tersayang...

Lots of love, 
~Cik Wann~

No comments:

Post a Comment