Sunday, May 6, 2012

Tips Mengekalkan Solekan Pagi Anda...=)

Assalamualaikum w.b.t

Kebanyakan wanita suka jika solekan yang mereka kenakan pada waktu pagi bertahan seharian. Malangnya menjelang tengahari, solekan itu akan pudar, semakin comot dan memerlukan bantuan supaya ia kembali segar. Sebenarnya ada beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk memastikan solekan itu kekal lebih lama, Ada teknik dan trik tertentu yang perlu anda lakukan agar anda tidak lagi perlu bersusah payah untuk "touch up"...

Untuk memudahkan anda, inilah 7 tip terbaik untuk memastikan solekan anda kekal:

1) Pastikan wajah dibersihkan dengan sempurna terlebih dahulu
Jangan sesekali menyegarkan solekan semalam tanpa mencuci wajah terlebih dahulu. Anda perlulah mencuci wajah dengan sempurna sebelum tidur dan gunakan sekali dengan penyegar untuk membuang lebihan minyak yang telah terjadi sewaktu anda tidur semalam...

2) Gunakan pelembap yang betul..
Memilih pelembap yang sesuai dengan jenis kulit adalah sangat penting. Jangan lupa untuk memakai pelembap sekali dengan SPF 15 atau lebih untuk melindungi kulit anda daripada sinaran matahari. Inilah rahsia untuk anda mengekalkan kecantikan kulit dan mengurangkan tanda-tanda penuaan dan masalah kerosakan kulit akibat cahaya matahari.

3) Gunakan mekap asas untuk melembapkan kulit..
Mekap asas mampu memenuhkan garisan kecil dan kedutan di wajah. Apabila garisan dan kedutan ini berjaya ditutup, barulah solekan boleh diaplikasikan dengan sempurna. Bahkan, mekap asas juga mampu meminimumkan warna kulit yang tidak rata, kesan kemerahan dan masalah bengkak di bawah mata. 

4) Sapulah bedak asas dengan rata..
Pilihlah bedak asas yang terbaik dan sesuai dengan keadaan dan jenis kulit anda. Sapukan dengan rata sama ada dengan bantuan span atau jari sendiri. Kalau boleh, cubalah produk yang berasaskan mineral untuk hasil yang lebih cantik.

5) Gunakan bedak..
Selepas selesai meratakan bedak asas, jangan lupa untuk memakai bedak lutsinar untuk menyudahkannya. Bahkan ia juga bertujuan untuk mengekalkan ketahanannya akibat minyak pada kulit. Sapukan bedak ini pada kelopak mata juga demi mengawal penghasilan minyak yang sering berlaku di bahagian tersebut.

6) Elakkan menyentuh muka sendiri..
Cuba kawal diri agar anda tidak memegang atau menggosok mata anda sepanjang hari. Sentuhan ini bukan hanya mencomotkan solekan bahkan minyak dan kekotoran pada jari juga akan lebih mudah dipindahkan ke wajah. Inilah punca yang menyebabkan solekan tidak mampu bertahan lama.

7) "Touch Up" bila perlu..
Mengemaskan kembali solekan terutama sebelum anda keluar rehat adalah perlu. Sapukan sedikit bedak di bawah dan serap lebih minyak dengan kertas kedap minyak. Anda boleh menyapukan kertas ini di zon-T wajah agar solekan tampak kembali segar. Sapukan juga bedak lutsinar dengan cara menekap bukannya dengan cara mengelap. Ambil juga masa untuk menambahkan kembali gincu bibir dan ya, anda kini sudah bersedia untuk keluar....



Lots of Love,

~Cik Wann~

No comments:

Post a Comment