Kalau kita sukakan seseorang
jangan beritahu si dia
Nanti ALLAH kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada ALLAH
beritahulah ALLAH...
ALLAH Maha Mengetahui siapa jodoh kita...
Cintai dia dalam diam..
dari kejauhan dengan kesederhanaan & keikhlasan..
Jika benar cinta itu kerana ALLAH
maka biarkanlah ia mengalir
mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH
maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH." (Adz-Dzariyat: 49)
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah dan berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa':32)
Ketika kamu mendambakan sebuah cinta sejati yang tidak kunjung datang, ALLAH SWT mempunyai cinta dan kasih yang lebih besar dari segalanya dan DIA telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak terbalas, ALLAH SWT tahu apa yang ada di depanmu dan DIA sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu..
Cukup cintai dalam diam, bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindar dunia
tetapi meraih syurgaNYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa
dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup
Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga
Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambahkan penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan
cintailah dengan keikhlasan
kerana tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Talib diingini oleh hati tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
"..boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.." (Al-Baqarah:216)
jangan memberi harapan pada yang belum pasti, kelak ada insan yang bakal dilukai
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki, nanti ada hati yang kecewa sendiri...
Sebaliknya, gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi, kerana Dia mendengar pangharapanmu setiap kali
& Dia menunaikannya dengan caraNya yang tersendiri..
Cukup cintai dalam diam
dari kejauhan dengan kesederhanaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana ALLAH
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.
" Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.." (Umar bin Khattab RA)
If you really love her, you won't touch her. Not even the slightest bit. You'll protect her dignity and sacredness as a Muslimah. Just hold her in your heart for a few more years..then you can do it the halal way....
"Sesiapa sahaja yang memberi kerana ALLAH, menolak kerana ALLAH, mencintai kerana ALLAH & menikah kerana ALLAH, maka bererti ia telah sempurna imannya. " (HR. Al-Hakim)
Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu, tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan.
"Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin. Apabila tiba saatnya kamu disatukan, makan serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba, biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu......"
Lots of Love,
~Cik Wann~
No comments:
Post a Comment