Thursday, June 16, 2011

Petua!! (dr org tua2) ^_^

Hai semua.. Selamat pagi.. Maaf. Arini cik wann terlambat skit.. Hihi.. Disebabkan cik wann xberapa nak sihat, so cik wann nak kongsi sedikit petua untuk semua.. petua sakit tekak, petua menghilangkan batuk and petua menhilangkan selsema...

Batuk berterusan memang memenatkan.  Kepada yang terkena penyakit batuk pastinya merasai betapa perit dan terasa terganggu aktiviti harian.Bagi kebanyakan orang minum ubat batuk sudah cukup untuk menghilangkan batuk...  Namun ramai juga yang tidak merasakan ubat batuk memberikan kesan yang diharapkan...  Malahan ubat batuk jika kerap diminum dikhuatiri akan membawa kepada ketagihan pula.

 Ok.. Untuk petua menghilangkan batuk, sediakan 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau nipis dan satu sudu kecil minyak kayu putih.  Kemudian parut buah pala  dan perah limau nipis tadi. Campurkan buah pala yang diparut dan air perahan limau nipis tersebut bersama-sama dengan minyak kayu putih. Setelah itu gosoklah dibelakang pesakit. Ramuan ini hanya untuk sekali pakai. Cuba amalkan petua ini dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut. Dengan izin Allah, penyakit batuk akan beransur sembuh.



Selsema akan membuatkan kita berasa kurang selesa.  Kekadang tu bermacam ubat hospital yang ditelan namun penyakit selsema makin berpanjangan. Ada baiknya dicuba beberapa petua selsema ini:- 
Untuk yang dewasa, boleh dicuba petua menghilangkan selsema ini

Petua 1: Ambil beberapa batang daun sirih dan lap hingga bersih. Tumbuk atau hancurkan batang-batang sirih tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapukan lendir tersebut ke hidung dan sekitarnya. Cecair lendir akan melegakan selsema dan melancarkan semula pernafasan kerana hidung yang tersumbat akibat selsema. Cuba amalkan beberapa kali, insya-Allah selsema akan sembuh.
 
Petua 2: Ambil sebiji limau nipis. Perah airnya ke dalam bancuhan teh suam kosong tanpa gula atau susu. Kacau dan minum air campuran tersebut.

 

Petua selsema berikut lebih bersesuaian untuk bayi dan kanak-kanak.

Petua 1: Sediakan kunyit hidup dan bersihkannya. Asah kunyit tadi pada sesuatu – lebih elok kalau diasah pada bahagian bawah pasu, menurut petua tradisional melayu.  Sapukan hasil asahan tadi ke batang hidung bayi. Waktu yang sesuai adalah selepas bayi dibersihkan seperti lepas mandikan bayi pada sebelah pagi dan petang dan seeloknya ketika bayi tidur. Selalunya selsema akan membuatkan bayi meragam dan tidak selesa kerana hidung tersumbat. Dengan cara ini, bayi dapat tidur dengan lebih selesa kerana selsemanya akan cepat kering dengan bantuan sapuan halia tadi.   Cuba amalkan selama beberapa hari, insya-Allah selsema akan sembuh sepenuhnya.

Petua 2: Sediakan 3 helai daun sirih.  Sediakan juga sebiji limau nipis. Belah dan perah limau nipis tadi untuk mendapatkan air perahan. Campurkan perahan limau nipis dengan air sirih dan biarkan seketika. Sapukan air campuran tersebut ke dada dan leher kanak-kanak yang terkena selsema.

Bagi mereka yang sering terkena selsema pula, cuba amalkan petua elak selsema ini:
1.  Mandi dengan air suam pada sebelah petang.  Air sejuk akan menjejaskan kesihatan badan.
2. Amalkan minum air halia, seminggu sekali.
3. Bersihkan hidung setiap kali mandi. Caranya masukkan air ke dalam hidung. Tahan selama lebih kurang 5 saat dan kemudian hembuskan. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali setiap kali anda mandi.
 
Dengan izin Allah, penyakit selsema dapat dielakkan atau sekurang-kurangnya tidak kerap seperti dulu.
 
 
 

Hilangkan Sakit Tekak Dengan Garam

Garam banyak kegunaannya kerana ia bukan saja dijadikan bahan terpenting dalam masakan tetapi boleh menghilangkan sakit tekak yang biasanya berpunca daripada cuaca panas.
 
Berkumurlah dengan air garam dua kali sehari, pasti tekak anda terasa lega. Caranya, anda cuma perlukan tiga camca garam dan dibancuh dengan setengah gelas air sejuk dan berkumurlah setiap hari hingga sakit tekak hilang.



No comments:

Post a Comment